Friday, November 27, 2009

AZAB NERAKA 4 KAUM HAWA



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab,

“Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

NIKMATNYE SYURGA



NIKMAT SYURGA –Semoga Allah mengurniakan kita rahmatNya!

Akhirat tempat yang kekal selamanya

(Al-Bayyinah : Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal lah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kenikmatan Syurga

Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas

1. Pohon Syurga

Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim

2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga

(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim

3. Pasar Jumaat

Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim

4. Sungai Syurga

(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.

5. Bidadari Syurga

(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.

6. Makanan dan Minuman Syurga
(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
21. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!
(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.
#SABDA RASULULLAH S.A.W : ((SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU)) Riwayat Muslim

Thursday, November 26, 2009

PERBAIKI CARA SOLAT KHAS UNTUK KAUM HAWA



Baiki cara solat…khas buat perempuan *

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri
agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”.
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “….illallahh…”
( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Adayg
berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalamu.

** Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SUAMI MITHALI



SUAMI TELADAN@MITHALI
Islam telah menetapkan sistem yang syumul lagi lengkap, pada setiap urusan kehidupan, sehingga mencakupi hal berkaitan kehidupan berumah-tangga. Kesyumulan Islam ini tidak memungkinkan timbulnya sebarang pertikaian atau ketidak-puasan antara kedua belah pihak, setelah Islam menyempurnakan antara kedua mereka segenap tanggung-jawab dan hak-hak antara mereka. Meskipun timbul beberapa pergeseran atau salah faham dalam rumah-tangga, itu bukan berpunca dari pincangnya manhaj yang telah dikemukakan oleh Islam, tapi kerana kita sendiri yang gagal menerapkannya di dalam kehidupan yang sebenar. Untuk menjamin kesejahteraan hidup berumah tangga, ada beberapa garis-panduan yang telah ditetapkan oleh al-quran dan sunnah Rasulullah. Imam Al-Ghazali telah mengggariskan beberapa adab-adab yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi ciri-ciri suami unggulan. Antaranya ialah seperti berikut:

1. MAJLIS PERKAHWINAN

Antara adab pertama ialah si suami hendaklah mengadakan majlis perkahwinan dengan adab-adab yang murni serta mengelakkan pembaziran yang tidak diingini, sesuai dengan kemampuan yang ada. Rasulullah pernah bersabda di dalam riwayat Tarmizi : Memberi makan pada hari yang pertama adalah wajib (wajib diadakan dan wajib dihadiri) memberi makan pada hari yang ke dua adalah sunnah (suatu yang tidak ditegah, dan hukum menghadirinya adalah sunnah) dan memberi makan pada hari yang ketiga adalah sum’ah (riya’ serta menunjuk-nunjuk) Wajibnya mengadakan jamuan dan menghadirinya pada hari yang pertama adalah di sisi mereka yang berpendapat walimah atau mengadakan khenduri perkahwinan itu wajib atau sunnah muakkad. (Sila lihat sunan Tarmizi)

Demikian juga sunnat mengisytiharkan perkahwinan, dan tiada salahnya bergembira dan berseronok dengan nyanyian dan pukulan gendang, asalkan adab-adabnya terpelihara. Rasululullah bersabda: Bezakan antara halal dan haram (maksudnya lelaki dan perempuan halal setelah berkahwin) dengan suara (nyanyian yang diharuskan, zikir atau ucapan tahniah) dan pukulan gendang. Demikian juga sabda Rasulullah: Isytiharkan perkahwinan, adakanlah di masjid dan pukullah gendang.

Demikianlah saranan Islam ketika mengadakan keramaian di hari perkahwinan. Digesa agar mengisytiharkan perkahwinan kedua mempelai yang berkenaan, di samping mengadakan jamuan makan dengan menjemput tetamu untuk berkunjung sekadar kemampuan yang ada, serta jauhi pembaziran yang tidak diingini. Demikian juga tidak ditegahkan mengadakan hiburan yang menepati kehendak agama serta terpelihara dari campur gaul yang jauh dari adab sopan dan tatasusila.

2. BERAKHLAK BAIK TERHADAP ISTERI
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran : Gaulilah mereka dengan adab yang baik. Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekira si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Islam juga menegah suami mengambil semula pemberian mahar yang telah diserahkan kepada isteri yang pertama, sekiranya ia berhasrat mengahwini isteri yang kedua, sebagai satu penghormatan kepada kaum wanita. Allah berfirman : Dan sesungguhnya mereka (isteri isteri kamu ) telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu.
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun Baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran, agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah menyatakan di dalam hadis Baginda, agar kita berlemah lembut melayani wanita dan jangan mengasari mereka : Wahai Anjasyah, perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca (wanita yang sifatnya lembut) Demikianlah Rasulullah mengumpamakan kelembutan wanita. Sekiranya si suami tidak bijaksana nescaya, banyak kecelakaan yang tidak diduga akan menimpa, bahkan sampai tahap runtuhnya rumah tangga.

3. MERAIKAN PERASAAN ISTERI

Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri Baginda yang mulia dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri, ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri Baginda, meskipun Baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad. Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah menghendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa’ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri Baginda Saidatina Aisyah, meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun Baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri Baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim : Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya. Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia.

Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan Baginda beradab sopan bersama isteri Baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga diriwayatkan, ketika Baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, Baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui tuhannya. Demikianlah adab Rasul bersama isteri Baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhannya.

4. BERSEDERHANA PADA SIFAT CEMBURU (prihatin)
Apa yang dimaksudkan dengan cemburu di sini ialah keprihatinan melampau si suami terhadap tindak-tanduk isteri dan terlalu mengawasi gerak langkahnya. Islam menegahkan keterlaluan dan melampau dalam menjejaki tindak-tanduk isteri dan sentiasa menghidu segala kesilapan dan kepincangannya. Islam menegah kita merisik-risik atau mengintip keaiban isteri, sehingga tertanam rasa buruk sangka terhadap isteri dan terlalu mengorek rahsia yang tersembunyi. Saidina Ali pernah berkata : Janganlah kamu terlalu cemburu terhadap isteri kamu sehingga melemparkan prasangka buruk terhadapnya. Kita juga digesa menasihati isteri dengan penuh hikmah dengan tutur-kata yang benar-benar berkesan. Jauhi sifat menengking dan mengherdik isteri; dan ini sememangnya sifat yang sangat tercela. Ada dinyatakan pada khabar yang masyhur : Wanita ibarat tulang rusuk yang bengkok, sekiranya kamu cuba untuk meluruskannya, nescaya ia akan patah.

Manakala sifat cemburu atau prihatin yang kena pada tempatnya adalah suatu yang terpuji dan digesa oleh syara’, seperti sentiasa prihatin mengawasi isterinya agar sentiasa menutup aurat, menundukkan pandangan, menjaga batas pergaulan, menjaga kehormatan diri dan lain-lain lagi. Rasulullah pernah bersabda : Sesungguhnya Allah bersifat cemburu dan mukmin juga bersifat cemburu, Allah sangat cemburu (sensitif) jika seorang mukin itu mendatangi perkara yang diharamkan-Nya.

5. BESEDERHANA MEMBERI NAFKAH
Besederhana dalam memberi nafkah terhadap isteri bermakna tidak terlalu bakhil dan tidak pula terlalu boros. Perkara yang paling baik ialah yang pertengahan. Allah berfirman dalam al-quran pada surah Al-A’raf : 31, Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Demikianlah Islam mendidik para hambanya. Islam tidak menghalang fitrah hambanya yang sukakan keindahan dan kecantikan, Islam tidak melarang memakai pakaian yang cantik asalkan kita sanggup menjaga batas-batas yang digariskan oleh syara’ dan tidak membazir

Dan firman Allah dalam surah al-Isra’ : 29, Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Apa yang digesa oleh syara’ ialah berpatutan dalam membelanjakan nafkah sesuai dengan keperluan keluarga.

6. MEMBERI DIDIKAN YANG SEMPURNA
Si suami juga perlu memastikan si isteri mendapat pendidikan yang sempurna, demi mengelakkan berlakunya kepincangan dalam rumah tangga dan keretakan yang tidak diduga. Si isteri adalah orang yang paling rapat dengan anak anak, berbanding suami yang sering keluar rumah untuk mencari rezeki dan nafkah menanggung keluarga. Jika si isteri jahil dan tiada pengetahuan, bagaimana ia mampu untuk mendidik anak-anak dengan didikan dan adab-adab yang sempurna. Ibulah orang yang paling berkesan mendidik anak-anak semenjak kecil, bak kata pepatah : Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Meskipun anak-anak boleh belajar di sekolah, namun berapa ramai guru yang mampu melahirkan pelajar berakhlak melainkan sekadar memberi pengajaran secara teori. Ibu pendidik sebenar anak-anak dan merekalah yang lebih akrab bersama anak-anak.

Si isteri juga perlu mengetahui hukum-hakam agama seperti bersuci, bagaimana melayan suami, hukum-hakam sembahyang, berpuasa, zakat, haji, hak-hak jiran tetangga, anak anak yatim, orang miskin dan lain-lain lagi. Si suami juga adalah orang yang paling bertanggung-jawab menyelamatkan diri dan ahli keluarganya dari api neraka.

7. BERADAB MENGGAULI ISTERI
Sebelum si suami menggauli isterinya (berjima’) Islam menyarankan agar dimulakan dengan membaca Bismillah… serta membaca surah al-Ikhlas dan doa-doa yang lain. Demikian juga disunatkan melakukan hubungan suami isteri pada malam Jumaat, sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah juga menegah suami hanya mementingkan diri sendiri dalam melalakukan hubungan seks sehingga mengabaikan kepuasan isteri, sebaiknya si suami bijaksana membangkit syahwat isteri sehingga kedua-duanya bersama merasai puncak seks. Islam juga menegah suami menggauli isteri ibarat haiwan, yang melampaui batas-batas kemanusiaan.

Demikianlah kehebatan Islam dalam mengatur kehidupan penganutnya sehingga perkara yang menyangkut hubungan suami isteri turut dinyatakan garis panduannya, untuk menjamin kebahagiaan hidup muslim. Islam juga menganjurkan si suami menggauli isteri selang empat hari sekali dan inilah yang paling sederhana. Islam menegah suami mendatangi isteri ketika haidh dan sebelum mandi hadas, kerana bahaya kotoran yang terkandung pada diri wanita, yang tidak perlu dinyatakan di sini. Ahli sains telah mengakui darah kotoran tersebut boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kelamin. Selepas mengauli isteri disunatkan berwudhu sebelum tidur dan juga sebelum makan.

8. TIDAK MEMBOCORKAN RAHSIA ISTERI

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam memuliakan rahsia kehidupan suami isteri, serta menghormati rahsia isteri dalam hubungannya bersama suaminya. Diriwayat oleh Imam Ahmad dan Muslim, bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumah tangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah.

9. KESETIAAN

Antara kemurniaan dalam kehidupan berumah-tangga ialah kesetiaan. Kita boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasul terhadap Khadijah, meskipun Baginda telah mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda daripada Khadijah. Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-Muzaniah pernah datang menemui Rasul, Aisyah bertanya kepada Rasul siapakah wanita tersebut, yang membuatkan Rasul menyambutnya sedemikian rupa. Rasul menjawab : Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama Khadijah. Lantas Aisyah berkata : Tiada wanita yang paling aku cemburui di kalangan wanita di alam maya ini melainkan Saidatina Khadijah.

Rasulullah sering mengingati Khadijah, sehingga Aisyah mengeluh dengan berkata, seakan tiada wanita lain di dalam dunia ini melainkan Khadijah. Lantas Rasulullah menjelaskan kepada Aisyah : Khadijah adalah wanita yang sangat mulia dan bijaksana. Dia beriman denganku di saat semua manusia kufur denganku, ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku, ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kafir menyekatku. Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama Khadijah, dan kesemua anak Rasulullah adalah dari benih Khadijah. Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama Khadijah dan Baginda tidak mengahwini wanita lain, selama Baginda bersama Khadijah, kecuali setelah Khadijah dijemput Tuhan, barulah Rasulullah mengahwini Saidatina Aisyah. Ini semualah yang menyebabkan ingatan Rasul terhadap Khadijah terlalu kukuh, sehingga membuatkan Aisyah merasa cemburu.

Demikianlah Rasulullah menghargai ikatan yang pernah ditautkan bersama Khadijah, selama sekitar 25 tahun hidup sebumbung dengannya serta mengingatinya, meskipun Rasulullah telah mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda, dan ini semua tidak mampu untuk mengikis ingatannya terhadap Khadijah. Demikianlah agungnya erti sebuah kesetiaan.

Inilah antara ciri-ciri unggulan suami teladan yang telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali serta ulama’ lain sebagai kewajipan suami dalam memenuhi tuntutan kehidupan berumah tangga. Sekiranya kesemua ciri-ciri ini berjaya dilaksanakan, nescaya kehidupan aman tenteram dan jauh dari segala unsur-unsur yang boleh merenggangkan hubungan suami isteri serta menggugat keharmoniannya.

Sumber Rujukan Utama :

1. Al-Usrah al-Muslimah & Dr. Abdul Hakam Al-Sa’idiy
2. Asbab al-Sa’adah al-Zaujiyyah & – Imam Al-Ghazali
3. Adab al-Khitbah Wa al-Zifaf & Abdullah Naseh Ulwan.

BERCINTA UMPAMA MEMANCING IKAN?



Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar
pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang
begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita…

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan…. Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya… Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu…. Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya…

Renungkanlah….

KELEBHAM MENBACA YASSIN



KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)
Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 – Hancur Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat Ayat 82 – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton – Elok untuk kulit Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga) Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam.

————————- ————————- —————

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

————————- ————————- —————

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

* Yasin is the jantung of Al-Quran
* Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
* Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
* Child is sick
* Feeling troubled.
* Memudahkan urusan
* Memudahkan perjalanan
* As selusoh (to ease pain when giving birth)
* Read Yasin 3x over water
* Read 3 Qul (three times each)
* Fatihah
* Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x
* Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 – “Wajaalna….”

* Lindungi rumah dari pencuri * baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.
* Lindungi diri dari dianiaya
* Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
* Baca Ayat 9
* Fatihah
* Read 3 Qul (three times each)
* Ayat Kursi

Ayat 29 – “In kanat illa….”
* Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 – “subhanallazi..”
* Untuk cari jodoh
* Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
* Ya Wadud (3x)

Ayat 58 – “Salamun…”
* Jika sakit anggota
* Tak tenang hati
* Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 – “Falayahzun..”
* Bila rasa sedih
* Untuk menenangkan hati
* Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya…”
* Tulang patah
* Sakit sendi
* Sakit lutut

Ayat 82 – “Innama amruhu..”
* Jika mandul
* Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

PERBEZAAN BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT





PERBEZAAN 'BERTUDUNG' DAN 'MENUTUP AURAT'..., Artikel diambil dari BicaraMuslim.Com

LUAHAN HATI BERSAMA TOPIK " MENUTUP AURAT"... PERBEZAAN 'BERTUDUNG' DAN 'MENUTUP AURAT'...


Assalamualaikum .

Buat sahabat saya yang dihormati semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, saya sihat.

Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka.

Mengikut cakap awak(kamu), bahawa satu tika dahulu awak ini selalu buka tudung. Betul? Ok... Saya tidak marah awak. Cuma saya takut Allah marah awak. Begini wahai sahabat saya... di sana terdapat perbezaan di antara "bertudung" dan "menutup aurat". Islam menggalakkan /mewajibkan kita menutup aurat dan bukan bertudung. Kerana tidak semua orang yang bertudung itu menutup aurat atau ada yang bertudung tetapi auratnya masih tak sempurna dijaga. Awak kena faham perkara ini elok-elok(baik-baik)...

Yang penting menutup aurat. Biarlah bertudung pendek, bulat, jubah dan sebagainya asalkan semua itu menutup aurat. Bukan makna mereka (kaum wanita) yang berpakaian yang menutup muka itu melambangkan kuatnya Iman. Tak! Itu salah. Yang membezakan di antara seseorang insan dengan insan yang lain adalah kekuatan "taqwa" sahaja. Cuma pandangan di dunia ini sahaja yang mengatakan bahwa 'mereka berpakaian yang menutup muka' itu melambangkan mereka golongan yang alim atau warak. Tapi, tak mustahil kan jika kita berjumpa mereka yang berpakaian yang menutup muka ada yang alim dan warak. Sunnah kehidupan.....

Oh ya! Awak sebagai wanita yang mengaku beragama Islam mesti kena jaga aurat awak. Peliharalah "menutup aurat" atau bertudung yang menutup aurat dengan sesempurna yang mampu dan boleh. Biarlah pada peringkat awal kita mendalami Islam ini, kita merasakan ianya seolah-olah satu penyeksaan tetapi lambat laun nanti akan datang juga kepada awak kemanisan Iman ini... Insya Allah, awak akan menjadi Sri Kandi Islam yang agung kelak! Percayalah... Jangan sesekali membuka "aurat" pada tempat atau pada orang yang memang tak layak atau "haram" untuk melihat aurat awak itu. Nak(mahu) menunjuk rambut yang lawa atau cantik pada orang? Itu satu jawapan yang meleset untuk jangka masa yang panjang. Di dunia rambut kita menjadi pujian manusia. Tetapi di akhirat esok, wanita yang tak menutup auratnya maka akan menerima pembalasan yang setimpal. Dibakar rambutnya! Begitu azab sekali seksaan Allah.

Allah tak zalim tetapi kita yang melakukan kezaliman kepada Allah. Awak faham kan... Bila buka tudung/dedah aurat sebenarnya kita ingin menunjukkan rupa paras yang cantik atau 'cun gila' kata orang? Subhanallah... adakah ini jawapan yang baik untuk seseorang Wanita Muslimah? Wanita berhias, bercantik, bersolek tak dimarahi oleh Islam.. tapi perlu sesuai dengan tempat dan masa. Bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang yang mahram (boleh dikahwini)tak elok. Bercantik-cantik untuk tunjuk pada orang yang mahram?(boleh dikahwini) tak elok. Contoh tempat yang dibolehkan ialah berhias/bersolek /bercantik untuk seseorang ialah kepada suami tercinta di rumah... Itu satu contoh yang mudah.

Untuk menghapuskan dosa awak yang telah lalu ialah dengan cara Bertaubat. Saya telah menerangkan sedikit sebanyak tentang bertaubat dalam emel lepas. Jika, benar-benar awak bertaubat dengan taubat "nasuha" iaitu taubat yang suci murni tulus ikhlas pada Allah, Insya Allah tanda-tanda keikhlasan taubat awak itu akan kelihatan selepas itu. Awak akan berasa takut untuk membuat dosa. Awak akan rasa sensitif sekali untuk mengulangi dosa yang lalu. Awak tentu akan rasa selesa sekali pabila yakin yang dosa awak akan diampunkan Allah kan? Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepada Nya.

Lelaki dan perempuan masing-masing menjadi ujian buat sesama jantina atau berlawanan jantina. Awak menjadi salah satu ujian Allah buat saya dan saya menjadi salah satu ujian Allah buat awak. Yang penting ujian ini perlu ditelusuri/dilalui dengan sebaik-baiknya.

Saya juga berharap "persahabatan" ini akan berlansung dalam suasana yang sederhana dan tidak ada yang berlebih-lebihan dalam persahabatan ini. Islam menggalakkan kita agar besederhana. Awak mesti ingat, bahwa kekasih sejati yang sesekali tak menipu dan tak ambil kesempatan di atas kelemahan kekasihnya adalah Allah.

Bercintalah dengan Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Sebelum menjadi salah seorang hamba Allah yang warak dan alim, beliau(Rabiatul Adawiyah) merupakan penari gelek. Semua orang tahu kisah hidupnya. Tetapi, siapa sangka selepas itu beliau bertaubat dan terus beribadat kepada Allah dan kehidupannya yang baru jauh berbeza dengan kehidupannya yang lama. Dahulu penari gelek tetapi sekarang hamba Allah yang kuat Taqwanya. Sehingga sekarang namanya disebut sebagai lambang wanita yang kuat taqwanya pada Allah. Dan kisah buruknya yang lalu tenggelam ke dasar bumi. Suburlah bumi selepas itu dengan kisah hidupnya yang penuh keindahan itu. Saya harap awak dapat meniru rentak Rabiatul Adawiyah. Boleh tak? Biarlah yang lalu terus berlalu dibawa angin lalu. Yang penting awak sekarang ingin kembali kepada cinta hakiki iaitu cinta murni buat Allah yang Maha Esa.........


*saya berdoa agar Allah membantu sahabat dalam segala tindak tanduk dan geri ketika menelusuri kehidupan dunia yang beronak duri ini
*yakinlah awak boleh! Boleh!

Wassalam..


*** asal artikel ini adalah ulasan kepada kisah hidup seorang sahabat kita yang masih mencari hidayat di atas muka bumi Allah ini... kehidupannya yang lampau(lalu) telah menguji imannya.. maka, tidak mustahil ujian itu akan datang kepada kita atau saudara-saudara kita pada masa akan datang... maka berhati-hatilah dari sekarang dengan mengingati Allah selalu..